Resipi Lempeng Tanpa Telur Senang Dan Cepat

Assalamualaikum wbt...



Pagi ni bukak peti ais tengok telur dah habis. Anak-anak request nak makan lempeng pulak. Resipi yang biasa kekmel buat ada telur. Boleh tengok link ni,
Resipi Lempeng Simple Kosong Tapi Sedap

So kekmel try lah google resipi lempeng tanpa telur, dan jumpa satu resipi yang simple (resipi asal http://hanyasekadarhobi.blogspot.my/2013/01/lempeng-lembut-dan-tak-liat.html?m=1). So kekmel pun modify la sikit ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan:
1. 4 cawan tepung
2. 4 cawan air
3. 8 sudu besar minyak
4. 3 sudu teh gula
5. 1-2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Blend semua bahan-bahan dalam blender sampai sebati.
2. Panaskan pan, tuang sikit adunan macam dalam gambar bawah ni. Tak letak planta atau minyak atas pan pun takpe, sebab adunan tu dah ada minyak.


3. Masak bahagian bawah je, tak payah terbalikkan.
4. Lepas angkat tunggu dia sejuk sikit baru lipat ye.

Makan kosong macam ni pun dah sedap, kalau cicah lagi lah sedap. Boleh cicah dengan kuah kari, sardin, atau paling senang sos cili je, hehe.

Selamat mencuba 😉



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments

  1. Sedapnya. Kebetulan telur kat rumah ni pun dah habis. Tu cari resipi tu ��

    ReplyDelete
  2. Baru nak try harap jadi.. nk keluar beli telur. Malas plak. Anak2 lapar. Hihi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share resepi.. kebetulan telur dah habis, mujur jumpa resepi ni. Saya ejas sikit dengan bahan yang ada kat rumah. Minyak masak saya ganti dengan butter yang dicairkan, air ganti dengan susu supaya lempeng lebih gebu, dan saya tambah esen vanila. Dah siap, makan dengan peanut butter. Alhamdulillah sedap. Terima kasih sekali lagi atas perkongsian resepi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts