Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya, Jangan Putus Asa


Pernah tak korang fail exam? Mesti down sangat-sangat kan. Malu dengan kawan-kawan yang lulus, malu dengan sedara mara, takut kena marah dengan parents, huhu...

Kekmel pun pernah fail certain subject masa sekolah dulu. Time form 4 dan form 5 tak silap kekmel. Antara subjek yang memang selalu fail bila ujian, fizik, kimia dan bio 😅😅

Nak kata tak belajar, tak jugak. Duk asrama memang terkawal masa study tu kan. Mungkin usaha tu tak cukup.

Tapi kekmel tak putus asa macam tu je. Kekmel tingkatkan usaha, buat study group, puasa dengan lebih kerap, berdoa banyak-banyak. Dah habis exam pun still teruskan amalan kerohanian, tawakal sebaik-baiknya pada Allah.

Alhamdulillah, result SPM kekmel boleh dikatakan baik lah jugak. Takde subjek yang fail, dan paling rendah pun dapat B4. Happy bukan kepalang tau. Ingat lagi masa nak ambik result tu, soalan pertama kekmel tanya cikgu, “ada C tak cikgu?”. Bukan nak tanya ada fail ke tak, hahaha...confident takde yang gagal tu 😅😅😅

So dalam apa pun yang kita buat, perlu diingat, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Kita sendiri boleh ubah nasib kita. Jangan putus asa ye 💪🏼


Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments