Sejarah Penghasilan Supplement Anti-Penuaan Terulung Di Dunia

supplement anti-penuaan

Nak tau tak sejarah Vivix? Macam mana Shaklee boleh terfikir nak hasilkan Vivix yang menjadi supplement anti-penuaan yang hebat? Sana sini sebut pasal Vivix, hebat sangat ke?


Pada tahun 2006, saintis Harvard, Dr. David Sinclair telah menerbitkan penyelidikannya dalam satu high respected jurnal iaitu "Nature", dan ianya ternyata mengejutkan dunia saintifik. Penemuan penyelidikan beliau menunjukkan bahawa satu molekul yang terdapat dalam wain merah boleh menukar gen anti-penuaan kita (Sirt 1) dan dapat memperlahankan proses penuaan.

Tetapi ini tidak bermakna, kita boleh hidup selama-lamanya. Dengan penemuan ini, bagaimana penuaan itu berlaku dan apa yang boleh dilakukan untuk melambatkannya, telah pun kita dapat jawapannya.

Sebelum ini, para penyelidik berpendapat dengan diet ketat yang menyekat kalori boleh melambatkan proses penuaan, tetapi dengan penyelidikan Dr Sinclair ini, mereka telah menemui cara untuk mendapatkan hasil yang sama tanpa perlu berlapar.

Nak kenal siapa Dr Sinclair ni? Boleh rujuk link ni ye
https://genetics.med.harvard.edu/sinclair/


Bagaimana bermulanya penyelidikan Dr Sinclair ni?

Pada tahun 1991, seorang penyelidik alkohol yang terkenal di Perancis, Dr Serge Renault, melaporkan bahawa orang Perancis (diketahui mengamalkan diet yang tinggi gula, lemak, dan krim) mempunyai kadar kurang daripada 42% untuk mendapat penyakit jantung, dan hidup lebih lama daripada mereka di Amerika Syarikat.

Diketahui bahawa masyarakat Perancis minum wain merah dengan banyaknya, dan Dr. Renault telah berpendapat bahawa terdapat suatu komponen di dalam wain merah yang mampu melawan kesan negatif makanan berlemak. Sesetengah teori ada mengatakan ianya adalah alkohol. Yang lain pula yakin ianya adalah kuasa antioksidan dalam wain merah tersebut.

Dr. Sinclair dan pasukannya di Sekolah Perubatan Harvard, menguji lebih daripada 20,000 molekul semulajadi satu persatu sehinggalah beliau menemui molekul ajaib tersebut, iaitu RESVERATROL!

Pada permulaannya, Dr. Sinclair menggunakan resveratrol pada yis dan mendapati ia dapat memanjangkan hayat sel yis tersebut. Kemudian beliau beralih kepada hidupan yang lebih kompleks pulak, iaitu dengan memberikan resveratrol kepada lalat buah, dan ternyata ia turut berkesan.

Saintis yang lain pula mendapat keputusan yang sama dengan menguji resveratrol ke atas ikan. Jangka hayat ikan meningkat sebanyak 70%. Tapi semua bukti ini tidak mampu menarik perhatian dunia saintis selagi mereka tidak mengujinya ke atas tikus.

Bagi para saintis, tikus mempunyai asas genetik yang sama dengan manusia. Sebab itu banyak kajian dijalankan ke atas tikus.


Akhirnya, kajian tikus pun bermula.

supplement anti-penuaan

Pasukan penyelidik Dr. Sinclair menambah resveratrol di dalam diet tikus ujikaji mereka. Tikus tersebut diberikan diet yang tinggi lemak. Hasil kajian menunjukkan tikus berkenaan bukan sahaja hidup sehingga 30% lebih lama, malah ia tidak mengalami penambahan berat, dan daya ketahanan turut berganda.

Tikus-tikus tersebut boleh berlari dua kali ganda jauh jaraknya berbanding tikus yang tidak diberikan resveratrol. Yang paling menarik perhatian, tiada seekor pun daripada tikus-tikus tersebut yang menunjukkan tanda mana-mana penyakit penuaan. Tiada penyakit jantung, tiada kanser, tiada kencing manis, dan tiada stroke.

Kini terdapat bukti saintifik yang tidak dapat disangkal lagi bahawa molekul RESVERATROL yang sama terdapat dalam wain merah, mempunyai kuasa penyembuhan dan anti-penuaan yang ajaib.

supplement anti-penuaan
Dr. David Sinclair

Dr. Sinclair telah menjadi orang pertama dalam sejarah yang berjaya memanjangkan hayat dengan bertujuan. Penyelidikan beliau ini telah mencetuskan lebih banyak kajian ilmiah di seluruh dunia seterusnya.

Berbilion dolar dilaburkan oleh makmal swasta, universiti, dan agensi kesihatan awam seperti National Institutes of Health, National Cancer Institute, the National Institute on Aging, dan United States Department of Agriculture.

Begitu banyak kajian lanjutan yang telah dijalankan mengenai resveratrol ini. Boleh tengok di PubMed. Di sana anda akan dapati sekurang-kurangnya 2,636 kertas saintifik yang merujuk kepada resveratrol.


Lambakan Produk Resveratrol

Kerana resveratrol telah terbukti di dalam makmal di seluruh dunia berjaya melambatkan penuaan, ia menjadi lubuk emas kepada pasaran dunia. Dalam beberapa minggu selepas Dr. Sinclair muncul dalam rancangan 20/20 with Barbara Walters, beratus-ratus produk resveratrol telah dijual di kedai produk kesihatan dan juga di internet.

Tapi sejauh mana produk-produk tersebut dapat memberikan kesan yang kita inginkan? Kajian menunjukkan produk-produk ini mengandungi sedikit sahaja reseveratrol, dan kebanyakannya tidak mempunyai manfaat kesihatan sama sekali.


Bermulalah Penghasilan VIVIX

Shaklee Corporation merupakan syarikat supplement semula jadi nombor satu di Amerika dan telah bertahan lebih dari setengah abad.

Ketua saintis di Shaklee Corp, Dr. Carsten Smidt melihat dengan teliti penyelidikan Dr. Sinclair. Beliau dan pasukannya turut melihat semua produk resveratrol terkemuka yang ada di pasaran, dan berpendapat masyarakat sebenarnya boleh dapat lebih dari itu.

Setelah diberi lampu hijau oleh CEO Shaklee Corp, Roger Barnett, Dr. Smidt mengumpulkan sekumpulan lebih daripada 30 saintis terbaik untuk menghasilkan produk supplement anti-penuaan yang paling hebat yang pernah dicipta.


Shaklee telah memajukan penyelidikan yang dibuat Dr. Sinclair

Pada peringkat awal, Dr. Smidt dan pasukannya bekerjasama dengan pasukan Dr. Sinclair dari Harvard. Apabila penyelidikan mereka semakin berkembang, Dr. Smidt yakin bahawa mereka sebenarnya dapat memajukan lagi hasil penyelidikan Dr. Sinclair dan menghasilkan produk yang lebih hebat, lebih powerful daripada resveratrol sahaja.

sejarah vivix
Dr. Smidt (tengah) dan Dr. Sinclair (kanan)

Setelah hampir tiga tahun, penyelidikan yang menelan perlaburan berjuta-juta dolar dan juga kerjasama dengan saintis di University of Georgia, Shaklee telah berjaya menghasilkan tonik atau supplement anti-penuaan semulajadi pertama di dunia yang mampu berfungsi sehingga ke peringkat selular, bagi menyekat mekanisme penuaan dan telah dilancarkan pada tahun 2008.

Terhasil lah Tonik Anti-penuaan Selular ~ VIVIX!

supplement anti-penuaan

Begitulah serba sedikit mengenai sejarah Vivix. Vivix memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2010. Sejak itu Vivix sentiasa menjadi supplement nombor 1 Shaklee yang paling laris sekali di Malaysia. Ramai yang merasakan sendiri kesan positif ke atas diri masing-masing bila mengamalkan Vivix.

Oh ye, ada yang ragu-ragu sekiranya Vivix mengandungi alkohol. Vivix bebas alkohol dan mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM.


Jika anda turut ingin merasakan kehebatan Vivix, boleh dapatkan daripada saya sekarang. Dan jika anda ingin membeli secara kad kredit, boleh klik link di bawah ini untuk pembelian. Sangat mudah, pantas, dan semestinya selamat, kerana anda akan dibawa terus ke website online rasmi Shaklee untuk pembelian.
Order Online - Vivix Shaklee



Stay Healthy.Be Gorgeous...mel
SMS/Whatsapp 019-3058619 / amelza02@yahoo.com

Comments